Saturday 12 November 2011

Bahasa Pasar

Bahasa pasar ? Bahasa pergi pasar ke ? he..he.he..he bukan ..
Bahasa pasar bukan bahasa Melayu yang standard atau rasmi. Ramai orang menggunakan bahasa pasar pada setiap hari dan setiap masa , di mana-mana sahaja sehingga lupa pada bahasa yang betul sebenarnya.Saya suka memberi contoh apa yang berlaku di sekolah saya...
Contohnya : i) Cikgu , saya nak angkat buku , tinggal kat tandas tadi.
ii) Murid-murid , tengok muka surat sembilan.
iii) Saya tengok tv malam tadi.
Sepatutnya i)Cikgu , saya mahu ambil buku , tertinggal di tandas tadi.
ii)Murid-murid , lihat muka surat sembilan.
iii)Saya menonton telivisyen malam tadi.
Mari kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul....

No comments:

Post a Comment