Nota

NOTA IMBUHAN

1. Imbuhan ialah proses penambahan pada kata dasar.
2. Imbuhan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : -

a) Imbuhan Awalan
- Imbuhan awalan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.
- Imbuhan awalan boleh wujud dalam kata nama terbitan , kata kerja terbitan dan
kata adjektif terbitan .
- Contoh :- pe- = peladang , petani
pem- = pembalit , pembantu
pen- = pendidik , penjaja
peng- = pengganggu , pengganti
penge- = pengebom , pengecat
ke- = ketua , kekasih
juru-=jurutera , juruterbang
ter- = terbesar , terindah
se- = setenang , semahal
meN- = melantik , membalas , mendakap, menggaru , mengepos
memper-= memperbesar , mempercepat
beR-= bersinar , berehat , bergegar , belayar
di-= diangkat , dijentik , dijemput

b) Imbuhan Akhiran
- Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
- Imbuhan akhiran hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.
-Contoh :- -an = makanan , bantahan , dorongan
-i = akhiri , salami , dekati
-kan = serahkan, ikatkan , patahkan

c) Imbuhan Apitan
- Imbuhan apitan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan dan belakang
kata dasar.
- Imbuhan apitan wujud dalam kata nama terbitan , kata kerja terbitan dan kata
adjektif terbitan .
- Contoh : - peN.. an = pelabuhan ,pembukaan ,penjelasan ,penghantaran ,
pengeboman
per…an = perhentian , persisiran
pel…an = pelajaran , pelunjuran
ke….an = kebangsaan , kejayaan , kecinaan , kemelayuan
meN...an = melahirkan , membelikan , mencurahkan , menghiburkan ,
mengetinkan
meN…i = menaiki , mempunyai , mendalami , mengairi
di….kan = diserahkan , dikoyakkan
di….i = dilindungi , disusuli


NOTA KATA PEMERI

1.Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama
dalam predikat.

2.Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3.Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.

4.Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh-contoh ayat :

a)Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

b)Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

c)Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

JENIS-JENIS KATA GANDA
KATA GANDA PENUH
KATA GANDA SEPARA
KATA GANDA BERIMA
KATA GANDA BERIMBUHAN
MAKAN-MAKAN
KEKUDA
KUIH-MUIH
KEBIRU-BIRUAN
MURID-MURID
LELABAH
LAUK-PAUK
MENJERIT-JERIT
RAMA-RAMA
RERAMA
REMPAH-RATUS
TERSENGIH-SENGIH
MATA-MATA
KEKISI
KAYU-KAYAN
MENARI-NARI
MEJA-MEJA
BEBOLA
KUMAT-KAMIT
BERLARI-LARI
POHON-POHON
PEPOHON
GUNUNG-GANANG
PANDANG-MEMANDANG
JARI-JARI
JEJARI
LALU-LALANG
BERMAAF-MAAFAN
LAKI-LAKI
LELAKI
RIUH-RENDAH
TERLOMPAT-LOMPAT
KANAK-KANAK
LELANGIT
LINTANG-PUKANG
UTUS-MENGUTUS
BATU-BATU
BEBATU
CALAR-BALAR
KEPERANG-PERANGAN


NOTA TANDA BACA

 

1. Tanda Baca digunakan dalam bacaan dan penulisan .
2. Penggunaan Tanda Baca amat penting untuk menunjukkan maksud ayat yang betul .
3. Tanda Baca juga digunakan supaya para pembaca melakukan sesuatu dalam bacaannya bagi menunjukkkan maksud ayat.
4. Tanda Baca yang biasa digunakan ialah :-

a) Tanda Noktah / Titik ( . )
- Digunakan di akhir ayat yang bukan ayat tanya atau ayat seru .
- Digunakan pada singkatan nama , gelaran , jawatan dan pangkat .

b) Tanda Koma ( , )
- Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang hendak diperkatakan secara berurutan.

c) Tanda Tanya / Soal ( ? )
- Digunakan pada akhir ayat tanya.

d) Tanda Seru ( ! )
- Digunakan pada akhir ayat seru atau pernyataan yang berupa seruan , perintah dan emosi / perasaan .

e) Tanda Pembuka Kata dan Penutup Kata / Tanda Petik ( “ ” )
- Digunakan dalam perbualan atau cakap ajuk.

f) Tanda Sempang ( - )
- Digunakan untuk menyambung kata ganda atau perkataan yang berulang-ulang.
- Digunakan untuk memisahkan angka daripada huruf.

g) Huruf Besar
- Digunakan pada setiap awal ayat .
- Digunakan selepas tanda noktah atau tanda tanya.
- Digunakan untuk menulis kata nama khas.